Skip to main content

Resepi Sambal Tumis Ikan Bilis

Minggu lepas aku ke pasar tani untuk stock up barang dapur. Selain aktiviti awal pagi untuk burn calories, bawa sekali si kecik Qhaleef tengok real food, fruits, veggies & etc. One of the place yang aku suka pergi plus area rumah memang ada beberapa pasar pagi berdekatan. Ubi kayu! Yes dah lama cari jumpa juga akhirnya. Dulu masa aku kecik abah memang suka berkebun. Macam-macam tanaman dari sayur ke buah ada kat sekitar rumah. Pokok ubi kayu antara tanaman favourite abah suka tanam. My mom pulak memang seorang yang suka memasak. Setiap petang ada saja menu ringkas yang mak buat. So ubi tu macam-macam menu mak buat. Antaranya my all time favourite is ubi rebus cicah sambal ikan bilis. Ok so today aku nak kongsi cara buat sambal tumis yang super senang ni. Lets!



Resepi Sambal Tumis Ikan Bilis

Bahan-bahan:-
  1. Bawang besar 1 biji (kisar)
  2. Bawang putih 4 ulas (kisar)
  3. Bawang besar 1/2 biji (hiris)
  4. Ikan bilis segenggam
  5. Belacan 1cm (kisar)
  6. Cili kisar 1 senduk nasi
  7. Asam jawa 1sk
  8. Garam
  9. Gula nisan

Cara Masak:-

  1. Tumiskan bahan kisar hingga garing kekuningan
  2. Masuk pula cili kisar dan tumis hingga pecah minyak
  3. Masukkan ikan bilis dan bawang besar yang dah dihiris. Gaul sekata
  4. Tambah air asam jawa diikuti dengan garam, gula nisan dan serbuk perasa
  5. Sebelum tutup api, pastikan rasa sambal seimbang
  6. Siap!

Nota Kaki:-
Untuk resepi sambal memang aku guna gula nisan sebab kejadiannya memang sedap berbanding guna gula pasir biasa. Gula ni aku import dari Kuala Terengganu. Korg try masak guna gula ni confirm meletop sambal korg. Hehehe. Ye aku tahu susah nak dapat. Korg boleh beli online through Shopee pun boleh. Tapi pastikan penjual tu betul penjual la bukan scammer. Kang nanti korg order gula dia bagi gula-gula. Ok untuk korg yang tak tahu gula nisan tu apa please refer gambar bawah ni:-

(boleh beli gula nisan kat sini)


Comments

Popular posts from this blog

Resepi Bubur Jagung Sagu Gula Melaka

Bila MCO 3.0 diumukan awal june lepas (1-14 june 2021) orang yang paling happy is Qhaleef Idris  πŸ˜†πŸ˜†  sebab setiap hari dia ada geng! Ok back to the scene  🀩  Aritu mr husband pegi beli surprise groceries so dia beli la segala bahan untuk buat bubur jagung ni. So bila mood rajin ni datang haaaa sis surprise kan dia pulakkk  πŸ˜‰  This is my 1st attempt actually. Alhamdulillah all is good and the taste is delicious. Resepi ni senang je nak buat untuk new beginner. Tak perlu nak kikis jagung from the raw sebab guna yang sweet corn dah siap. Ikut selera masing-masing ye. Ok lets masak  πŸ‘©πŸ»‍🍳🌽πŸ₯₯πŸ§‚πŸ΅ Bahan-bahan:- Sweet corn 1 tin Gula melaka 1/2 cawan Sagu 1 cawan (cuci & rendam) Daun pandan 2 helai Santan 1 kotak Garam 1/2 sk Air secukupnya Cara masak:- Rebus sagu dalam periuk guna air secukupnya sampai bertukar hampir jernih. Sementara nak tunggu sagu masak, rebus jagung bersama daun pandan, gula melaka & air secukupnya. Guna api kecil. Bila s...

Resepi Sup Tauhu Lembut

πŸ‘©πŸ»‍🍳🍢🍽 Resepi ni ala-ala Sundubu jjigae korean. Aduhai teringat nasi goreng kimchi kat restoran Gomonae Ampang Point. Serius sedap sebab ada side dia extra kimchi & sambal bilis rangup  🀀  walawehhhh! Ok this recipe rupa je lebih kurang sama dengan sundubu tapi dia punya rasa tak sama  πŸ˜†  Nama dia je sup tapi dia bukan sup. Rasa macam makan mee udang. Sedap sangatttt. Thank you mummy for this recipe! Jomlah masak  🀀 Bahan-bahan:- Tauhu lembik 2 pack Bawang besar 2 biji (kisar) Bawang putih 4 ulas (kisar) Cili merah 5 batang (kisar) Udang kering segenggam (rendam dulu sebelum kisar) Serbuk kunyit 1sk Daun sup Daun bawang Garam secukup rasa  Cara Masak:- Tumiskan bahan kisar sampai naik bau Serbuk kunyit tumis sekali dengan bahan kisar Tambah air suku periuk Masukkan tauhu lembut & biar hingga mendidih Tabur daun sup & daun bawang Tambah garam secukup rasa Siap! Tips:- i) Udang kering kena rendam sekejap supaya senang nak kisar bila dah le...

Resepi Kerabu Pegaga & Ikan Bilis

  Bahan-bahan:- Ulam pegaga secukupnya Ikan bilis 1 genggam (goreng garing) Bawang merah besar 1 biji Cili padi merah 1 biji Garam secukup rasa (jika perlu) Limau kasturi 1 biji  Cara masak:- Ikan bilis digoreng garing, tumbuk halus & ketepikan Hiris halus ulam pegaga Bawang besar & cili padi dihiris halus Dalam 1 pinggan yang sama, campurkan ulam pegaga, ikan bilis tumbuk, bawang besar & cili padi Tambahkan perahan jus limau kasturi & garam secukup rasa Gaul sekata Siap! Tips:-   i) If tak ada ulam pegaga boleh ganti dengan daun selom atau ulam raja ii) Perahan jus limau boleh guna limau nipis atau kasturi