Skip to main content

KENAPA KITA KENA PAKAI SUNSCREEN?

 


Supaya :-

.

✓ Tak kena sunburn/sun tan/gelap/hitam/terbakar.

✓ Tak nak kulit berkedut and nampak tua.

✓ Tak nak ada jeragat - Kebanyakan punca utama jeragat ni, sebab tak pakai sunscreen!

✓ Tak nak kena skin cancer.

.

.

Apa bezanya physical sunscreen dan chemical sunscreen?

.

.

✓Physical sunscreen - Lebih kepada layering kulit. Tak meresap ke dalam kulit. Biasanya perlindungan UV berlaku selepas kita apply pada kulit. Kat ingredients tu akan tertulis titanium dioxide atau zinc oxide. Bila sapu kat muka, dia duduk kat atas kulit and pantulkan balik sinaran uv tu.

.

✓Chemical sunscreen - Mengandungi either oxybenzone, octinoxate, octisalate and avobenzone. Sunscreen jenis ni akan menyerap sinaran UV yg masuk ke dalam kulit, tukarkanya kepada haba dan lepaskannya daripada kulit kita. Kena apply 10-20 minit sebelum exposure kepada UV.

.

.

Mana lagi bagus - Physical sunscreen ke chemical sunscreen?

.

.

Ramai yang suka pakai chemical sunscreen sebab lagi lightweight, rasa ringan jer kat muka. Physical sunscreen ni biasanya ada white cast (yang nampak kelabu/putih kulit muka bila apply).

.

.

Tapi kalau anda berkulit sensitif atau acne prone, lebih baik pakai physical sunscreen sebab sometimes chemical sunscreen ni boleh sebabkan irritation and clog pores. Lagi satu kena ingat, lain orang lain kulitnya. Apa yang orang lain pakai tak semestinya sesuai untuk kulit anda. So kena rajin cari sampai jumpa yang sesuai dengan jenis kulit anda.

.

.

Berapa banyak nak pakai?

.

.

Seeloknya ¼ sudu kecil atau sebesar syiling 50sen atau dua jari. Kena pakai banyak ni tau. Jangan pakai sikit². Kalau pakai sikit, nanti tak dapat perlindungan maksimum. Ada orang merungut, dia dah pakai sunscreen, tapi kenapa tetap kena sunburn? Jawapannya, maybe dia pakai sikit sangat, so tak dapat maximum protectionlah. .

.

Satu lagi, make sure reapply sunscreen tu setiap 2-3 jam ya, bergantung kepada SPF dan PA rating sunscreen tu. Kalau pakai pagi je, lepastu berjemur bawah panas dari pagi sampai ke petang, janganlah complain bila muka jadi gelap pulak ya. Memang kena reapply sunscreen tu tau!

.

.

Semoga sedikit perkongsian ni dapat memberi manfaat kepada semua.

.

.




Comments

Popular posts from this blog

Resepi Kerabu Pegaga & Ikan Bilis

  Bahan-bahan:- Ulam pegaga secukupnya Ikan bilis 1 genggam (goreng garing) Bawang merah besar 1 biji Cili padi merah 1 biji Garam secukup rasa (jika perlu) Limau kasturi 1 biji  Cara masak:- Ikan bilis digoreng garing, tumbuk halus & ketepikan Hiris halus ulam pegaga Bawang besar & cili padi dihiris halus Dalam 1 pinggan yang sama, campurkan ulam pegaga, ikan bilis tumbuk, bawang besar & cili padi Tambahkan perahan jus limau kasturi & garam secukup rasa Gaul sekata Siap! Tips:-   i) If tak ada ulam pegaga boleh ganti dengan daun selom atau ulam raja ii) Perahan jus limau boleh guna limau nipis atau kasturi

Resepi Sup Tauhu Lembut

πŸ‘©πŸ»‍🍳🍢🍽 Resepi ni ala-ala Sundubu jjigae korean. Aduhai teringat nasi goreng kimchi kat restoran Gomonae Ampang Point. Serius sedap sebab ada side dia extra kimchi & sambal bilis rangup  🀀  walawehhhh! Ok this recipe rupa je lebih kurang sama dengan sundubu tapi dia punya rasa tak sama  πŸ˜†  Nama dia je sup tapi dia bukan sup. Rasa macam makan mee udang. Sedap sangatttt. Thank you mummy for this recipe! Jomlah masak  🀀 Bahan-bahan:- Tauhu lembik 2 pack Bawang besar 2 biji (kisar) Bawang putih 4 ulas (kisar) Cili merah 5 batang (kisar) Udang kering segenggam (rendam dulu sebelum kisar) Serbuk kunyit 1sk Daun sup Daun bawang Garam secukup rasa  Cara Masak:- Tumiskan bahan kisar sampai naik bau Serbuk kunyit tumis sekali dengan bahan kisar Tambah air suku periuk Masukkan tauhu lembut & biar hingga mendidih Tabur daun sup & daun bawang Tambah garam secukup rasa Siap! Tips:- i) Udang kering kena rendam sekejap supaya senang nak kisar bila dah le...

Hotel RM1! Kenapa Nak Bayar Lebih?

Kenapa nak membazir kalau masih boleh berjimat kan? Baru-baru ni viral di media sosial mengenai hotel RM 1 . Senang je nak dapatkan bilik serendah nilai tersebut. Anda perlu download apps OYO Hotel di Apps Store (untuk pengguna ios) / Google Play (untuk pengguna android) terlebih dahulu. Walaupun mudah tapi ada beberapa tips yang harus anda tahu untuk dapatkan harga RM1. Let's check it out! 1. Ni adalah interface pertama yang anda akan lihat semasa launch apps OYO 2. Mula-mula anda perlu create account. Masukkan email dan nama anda. Sila masukkan referral code NORAJAVBV untuk dapatkan RM 100 secara percuma selepas anda selesai register bersama OYO Hotel. 3. Yang terakhir sebelum selesai register, anda perlu request 4 digit OTP yang akan dihantar ke nombor telefon anda. Masukkan nombor OTP dan klik pada create account. 4. Nah dah berjaya mendaftar! Sekarang anda dah boleh mula mencari hotel di lokasi percutian anda. OYO menawarkan pelbagai pilihan bilik ...