Skip to main content

Resepi Sup Ikan Siakap

Selalunya ikan siakap orang lebih suka masak 3 rasa atau stim limau. Tapi kali ni aku nak cuba masak cara lain iaitu Sup Ikan Siakap. Sup ikan lawankan dengan sambal dan ulam memang cukup menyelerakan. Cara masak pun simple je. Selain sedap ianya juga menyihatkan. Jomlah kita turunkan kadar obesiti orang Malaysia dengan makan makanan yang sihat dan sedap.




Resepi Sup Ikan Siakap 

Bahan-bahan:-
1 ekor ikan siakap sederhana besar
5 kuntum cendawan shiitake
1 biji lobak 
1 keping asam gelugur
1 sudu lada putih 
1 sudu lada hitam
garam / perasa pilihan

Bahan tumbuk:
3 biji bawang putih
5 biji bawang merah
1 inci halia
1 sudu teh ketumbar biji
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh jintan manis

Rempah penumis:
1 batang kulit kayu manis
3 biji cengkih
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga

Bahan hiasan:
hirisan daun sup & daun bawang / daun ketumbar
bawang goreng

Cara Masak:-

1. Panaskan sedikit minyak dan goreng rempah tumis hingga wangi.
2. Masukkan bahan tumbuk dan goreng hingga garing.
3. Tambahkan air, dan masukkan cendawan shitake & lobak. Biarkan mendidih.
4. Masukkan ikan siakap, asam keping dan biarkan masak di antara 4-5 minit.
5. Masukkan lada putih, lada hitam & garam /perasa pilihan.
6. Padamkan api dapur.
7. Hidangkan segera dengan taburan daun ketumbar/ bawang / sup dan juga bawang goreng.
8.Siap!

Comments

  1. Mmg makanan sihat ni. Alhamdulillah
    Kalau guna ketumbar, jintan manis dan jintan putih serbuk pun bole kan?
    www.asmahabubakar.com

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

KENAPA KITA KENA PAKAI SUNSCREEN?

  Supaya :- . ✓ Tak kena sunburn/sun tan/gelap/hitam/terbakar. ✓ Tak nak kulit berkedut and nampak tua. ✓ Tak nak ada jeragat - Kebanyakan punca utama jeragat ni, sebab tak pakai sunscreen! ✓ Tak nak kena skin cancer. . . Apa bezanya physical sunscreen dan chemical sunscreen? . . ✓Physical sunscreen - Lebih kepada layering kulit. Tak meresap ke dalam kulit. Biasanya perlindungan UV berlaku selepas kita apply pada kulit. Kat ingredients tu akan tertulis titanium dioxide atau zinc oxide. Bila sapu kat muka, dia duduk kat atas kulit and pantulkan balik sinaran uv tu. . ✓Chemical sunscreen - Mengandungi either oxybenzone, octinoxate, octisalate and avobenzone. Sunscreen jenis ni akan menyerap sinaran UV yg masuk ke dalam kulit, tukarkanya kepada haba dan lepaskannya daripada kulit kita. Kena apply 10-20 minit sebelum exposure kepada UV. . . Mana lagi bagus - Physical sunscreen ke chemical sunscreen? . . Ramai yang suka pakai chemical sunscreen sebab lagi lightweight, rasa ringan jer ka...

Resepi Puding Roti Cheese

Salam & Hi Guys! ☺️  Today kita nak masak puding roti cheese. Kat rumah tiba-tiba ada lebihan roti. Punca dia beli kat well known food delivery apps. Masa nak proceed to payment eh eh tiba-tiba dia stuck and tak perasan pun order tu hanging je kat order history. Sebab masa tu tengah buat keje multi tasking 😆😆😆 Sis ingat dia dah process. Usually payment kat food apps tersebut sama ada by cash or online banking. Then buat la 2nd purchase. Nak proceed payment dia request cash or credit card. So sis pun proceed by credit card. Sekali tengok kat on going punya order both order dia proceed and deduct kat account. Whattt?! Hmmm jadi lah double order items yang sama 😳 So moral of the story, if you guys beli online delivery, make sure check dulu kat order tu ada tak yang hanging sebab tak proceed payment. Ok kita back to the point resepi untuk post kali ni 😌 Jom masak Puding Roti Cheese 👩🏻‍🍳 Serious sedap lain dari yang lain. Tapi sedap la don’t worry ☺️ Let’s cooking! Video:- s...

Resepi Homemade Pizza Mudah & Sedap! 6 Bahan Untuk Buat Pizza Dough!

Salam & Hi Guys! ☺️ At this time, month of  1️⃣1️⃣ November 2021, musim hujan  🌧⛈☔️  kat Malaysia  🇲🇾  ni. Syukurlah cuaca tropika hujan  🌧  & panas  ☀️ sepanjang tahun. Hujan membawa rahmat & rezeki. In future tak boleh nak predict sebab  🌎 world climate change. Berdoa untuk yang baik-baik saja  🤲🏻 . Qhaleef suddenly asking for pizza 🍕 .Ohh my ada ke bahan nak buat? Sebab this is my 1st attempt making pizza. Pan pun tak ada ganti dengan loyang cake paling nipis hahaha. Google sana sini cari resepi pizza paling senang. Yesss jumpa kat Veronika's Kitchen! Ok, let's go to kitchen son. We making pizza  🍕 for today lunch & dinner. Resepi ni sesuai untuk beginner yang tak pernah buat pizza macam sis. Seronok gilaaa bila 1st time you buat pizza then menjadi pastu anak berselera makan and your spouse punya expression tu sampai ke bintang 🌟 . By following this recipe step by step, you will get crispy pizza texture ...