Skip to main content

Posts

Showing posts from 2020

Resepi Singgang Sotong

Resepi ni simple gilaaaa  🤣🤣  tapi rasa dia paduuuu. I got this yummilicious recipe from dear husband. Thank you sayang  ❤️  Ok lauk singgang ni sis gandingkan dengan sayur kacang botol goreng balado. Resepi sayur inshaAllah kat entry lain. Kat sini belanja gambo je ye. Maybe boleh bagi idea untuk sesiapa yang tak tahu nak combine lauk. If orang pantai timur dorang makan lauk singgang dengan budu. Actually sayur tu ikut selera korang. Nak option lebih sihat boleh combine dengan ulam or any sambal pun sedap. Pic. 1: Singgang Sotong Pic. 2: Sayur Kacang Botol Balado Bahan-bahan:- Sotong putih 10 ekor (cuci bersih) Bawang besar 1 biji  Halia 1 inch Serai (ketuk) Garam secukup rasa Cara masak:- Rebuskan air dalam periuk sampai separa mendidih Masukkan bawang besar & halia yang dah dikisar halus Masukkan sotong & serai Tambah garam secukup rasa Bila sotong dah masak boleh tutup api  Siap! Note: Sotong tak perlu masak lama sebab nanti jadi liat & tak sedap. Refer gambar kat ata

Resepi Udang Masak Lemak Cili Padi & Nenas

Ok kita masak lauk favourite Qhaleef Idris. Walaupun umur dia baru 3 tahun tapi segala jenis lauk masak lemak dia suka. Hahahah bapaknya cakap selera macam orang tua  😆😆  So resepi ni guna sikit je cili padi sebab nak dapatkan pedas lite2 untuk si kecik tu. Korg nak masak untuk tekak orang dewasa yang suka pedas make sure kena tambah lagi kuantiti tu ye. Menu masak lemak ni if kita kawan kan dia dengan sambal, ulam & ikan goreng  fuhhh memang terbaikkkk  👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻   Ni geng masak lemak cili api. Ada ikan goreng, bayam brazil dgn sambal ketuk jawa 👌🏻 Mantop! Bahan-bahan:- Udang 1/2 kg Nenas secukupnya Santan kara kotak kecil Bawang merah 4 biji Bawang putih 3 ulas Serai 1 batang  Cili padi 4 biji Serbuk kunyit Garam & gula secukup rasa Cara Masak:- Kisar bawang merah, bawang putih, cili padi. Kemudian tumis sampai pecah minyak. Masuk serai, serbuk kunyit dan air dalam half cup. Masuk udang, nenas dan santan.  Tambah garam & gula secukup rasa.  Bila udang dah m

Resepi Taucu Ikan Kembung

Today masak one of my favourite arwah mak punya masakan (alfatihah untuk mak). Makan lauk ni dengan nasi panas pun dah cukup sedap bagi sis. Cukup segala masam, masin & manis kuah taucu. My hubby bertambah nasi makan lauk ni. Yang tukang masak memang rasa seronok bila hubby selera makan.  💃🏼 Alhamdulillah syukur  🤲🏻 . Semoga dilimpahkan rezeki ke atas keluarga kami dan juga my blog readers. Ok jom kita masak  👩🏻‍🍳 Bahan-bahan:- Ikan kembung 3 ekor size besar Bawang besar 2 biji (hiris) Halia 2 inch (hiris) Bawang putih 4 biji (hiris) Cili padi 5 biji (belah bahagian hujung) Tomato 2 biji belah 4 Air asam jawa setengah mangkuk kecil Taucu 3 sb Garam & gula secukup rasa Cara Masak:- Ikan yang dah siap siang & cuci lumur dengan garam & kunyit. Goreng sampai garing. Angkat & ketepikan. Guna kuali yang sama, letak minyak sedikit & tumis bahan hiris sampai layu. Masuk taucu & air asam jawa. Tambah air setengah mangkuk kecil. Biarkan menggelegak sekejap. Mas

Homestay Review - KeCabin by Bungalow in a Village

EM’s Family Day 2019 KeCabin by Bungalow in a Village  🏡 ✔️ 4 Cabin & 1 Bungalow (up to 50 pax) ✔️ Cool Homestay berkonsepkan Scandinavian di Semabok, Melaka. Cuma 10 mins dari main city. ✔️Swimming pool  'child friendly'. Kolamnya ada 3 peringkat kedalaman. Yang stay kat cabin bangun tido boleh terus terjun kolam  🤣🤣 Walaupun child friendly harus diingatkan orang dewasa kena sentiasa ada masa kids have fun dalam pool. ✔️ Ruang laman rumah very spacious. Malam boleh buat BBQ sambil chill chill  💃🏼  Waktu siang boleh buat telematch  🎮🎭🎤🥁 ✔️Ruang parking kereta pun luas. ✔️Penjaga homestay tinggal bersebelahan. Any queries just drop your call. ✔️ Coway water dispenser & fridge disediakan dibahagian luar cabin.  ✔️Ruang tamu ada 2 bahagian kat bungalow, sesuailah untuk ahli keluarga yang ramai. ✔️Ruang dapur bungalow sangat selesa untuk memasak. Cutleries pun ada disediakan. Cuma if datang beramai-ramai sila bawa extra.

Resepi Oyster Omelette & Homemade Sweet Chili Sauce

Oyster omelette! This one pun memang we all punya all time fav! Yummy! Kalau malas masak boleh pegi tapow kat Damansara Uptown. Kalau rajin sila try masak, seriously delicious. Bukan setakat this food, korg boleh dine in instead of take away kat sana sebab banyak sangat kedai dan macam-macam makanan ada. U list it! Hahah nak makan western, nak selera tekak melayu, chinese food, seafood and so on. Sambil makan sambil dengar orang busking. Ok so hari ni nak buat my favourite dish tapi guna my own version, aku tukar guna kupang instead of oyster.  Bahan A: 5 ulas garlic chopped 1 mangkuk kecil oyster cuci bersih ( if tak ada oyster boleh ganti dengan kupang/ lala/ kepah) Flavoured pepper Cara masak: Tumis garlic sampai brownish. Masukkan oyster dan flavoured pepper. Stir fry tak lebih 30sec (oyster), 2mins (kupang/etc) or it will become rubbery Bahan B: 2sb corn flour/ sweet potato flour 4sb rice flour Secukup rasa 1sk Air Mix well semua bahan dan

Resepi Sambal Tumis Ikan Bilis

Minggu lepas aku ke pasar tani untuk stock up barang dapur. Selain aktiviti awal pagi untuk burn calories, bawa sekali si kecik Qhaleef tengok real food, fruits, veggies & etc. One of the place yang aku suka pergi plus area rumah memang ada beberapa pasar pagi berdekatan. Ubi kayu! Yes dah lama cari jumpa juga akhirnya. Dulu masa aku kecik abah memang suka berkebun. Macam-macam tanaman dari sayur ke buah ada kat sekitar rumah. Pokok ubi kayu antara tanaman favourite abah suka tanam. My mom pulak memang seorang yang suka memasak. Setiap petang ada saja menu ringkas yang mak buat. So ubi tu macam-macam menu mak buat. Antaranya my all time favourite is ubi rebus cicah sambal ikan bilis. Ok so today aku nak kongsi cara buat sambal tumis yang super senang ni. Lets! Resepi Sambal Tumis Ikan Bilis Bahan-bahan:- Bawang besar 1 biji (kisar) Bawang putih 4 ulas (kisar) Bawang besar 1/2 biji (hiris) Ikan bilis segenggam Belacan 1cm (kisar) Cili kisar 1 senduk nasi Asam

Resepi Sup Ikan Siakap

Selalunya ikan siakap orang lebih suka masak 3 rasa atau stim limau. Tapi kali ni aku nak cuba masak cara lain iaitu Sup Ikan Siakap. Sup ikan lawankan dengan sambal dan ulam memang cukup menyelerakan. Cara masak pun simple je. Selain sedap ianya juga menyihatkan. Jomlah kita turunkan kadar obesiti orang Malaysia dengan makan makanan yang sihat dan sedap. Resepi Sup Ikan Siakap  Bahan-bahan:- 1 ekor ikan siakap sederhana besar 5 kuntum cendawan shiitake 1 biji lobak  1 keping asam gelugur 1 sudu lada putih  1 sudu lada hitam garam / perasa pilihan Bahan tumbuk: 3 biji bawang putih 5 biji bawang merah 1 inci halia 1 sudu teh ketumbar biji 1 sudu teh jintan putih 1 sudu teh jintan manis Rempah penumis: 1 batang kulit kayu manis 3 biji cengkih 2 kuntum bunga lawang 3 biji buah pelaga Bahan hiasan: hirisan daun sup & daun bawang / daun ketumbar bawang goreng Cara Masak:- 1. Panaskan sedikit minyak dan goreng rem