Skip to main content

Resepi Taucu Ikan Kembung

Today masak one of my favourite arwah mak punya masakan (alfatihah untuk mak). Makan lauk ni dengan nasi panas pun dah cukup sedap bagi sis. Cukup segala masam, masin & manis kuah taucu. My hubby bertambah nasi makan lauk ni. Yang tukang masak memang rasa seronok bila hubby selera makan. 💃🏼Alhamdulillah syukur 🤲🏻. Semoga dilimpahkan rezeki ke atas keluarga kami dan juga my blog readers. Ok jom kita masak 👩🏻‍🍳




Bahan-bahan:-

  1. Ikan kembung 3 ekor size besar
  2. Bawang besar 2 biji (hiris)
  3. Halia 2 inch (hiris)
  4. Bawang putih 4 biji (hiris)
  5. Cili padi 5 biji (belah bahagian hujung)
  6. Tomato 2 biji belah 4
  7. Air asam jawa setengah mangkuk kecil
  8. Taucu 3 sb
  9. Garam & gula secukup rasa


Cara Masak:-


  1. Ikan yang dah siap siang & cuci lumur dengan garam & kunyit. Goreng sampai garing. Angkat & ketepikan.
  2. Guna kuali yang sama, letak minyak sedikit & tumis bahan hiris sampai layu.
  3. Masuk taucu & air asam jawa.
  4. Tambah air setengah mangkuk kecil.
  5. Biarkan menggelegak sekejap.
  6. Masukkan ikan yang dah digoreng tadi.
  7. Tambah cili padi & tomato.
  8. Bila kuah sedikit pekat, perisakan dengan garam & gula.
  9. Siap!

Comments

Popular posts from this blog

KENAPA KITA KENA PAKAI SUNSCREEN?

  Supaya :- . ✓ Tak kena sunburn/sun tan/gelap/hitam/terbakar. ✓ Tak nak kulit berkedut and nampak tua. ✓ Tak nak ada jeragat - Kebanyakan punca utama jeragat ni, sebab tak pakai sunscreen! ✓ Tak nak kena skin cancer. . . Apa bezanya physical sunscreen dan chemical sunscreen? . . ✓Physical sunscreen - Lebih kepada layering kulit. Tak meresap ke dalam kulit. Biasanya perlindungan UV berlaku selepas kita apply pada kulit. Kat ingredients tu akan tertulis titanium dioxide atau zinc oxide. Bila sapu kat muka, dia duduk kat atas kulit and pantulkan balik sinaran uv tu. . ✓Chemical sunscreen - Mengandungi either oxybenzone, octinoxate, octisalate and avobenzone. Sunscreen jenis ni akan menyerap sinaran UV yg masuk ke dalam kulit, tukarkanya kepada haba dan lepaskannya daripada kulit kita. Kena apply 10-20 minit sebelum exposure kepada UV. . . Mana lagi bagus - Physical sunscreen ke chemical sunscreen? . . Ramai yang suka pakai chemical sunscreen sebab lagi lightweight, rasa ringan jer ka...

Resepi Puding Roti Cheese

Salam & Hi Guys! ☺️  Today kita nak masak puding roti cheese. Kat rumah tiba-tiba ada lebihan roti. Punca dia beli kat well known food delivery apps. Masa nak proceed to payment eh eh tiba-tiba dia stuck and tak perasan pun order tu hanging je kat order history. Sebab masa tu tengah buat keje multi tasking 😆😆😆 Sis ingat dia dah process. Usually payment kat food apps tersebut sama ada by cash or online banking. Then buat la 2nd purchase. Nak proceed payment dia request cash or credit card. So sis pun proceed by credit card. Sekali tengok kat on going punya order both order dia proceed and deduct kat account. Whattt?! Hmmm jadi lah double order items yang sama 😳 So moral of the story, if you guys beli online delivery, make sure check dulu kat order tu ada tak yang hanging sebab tak proceed payment. Ok kita back to the point resepi untuk post kali ni 😌 Jom masak Puding Roti Cheese 👩🏻‍🍳 Serious sedap lain dari yang lain. Tapi sedap la don’t worry ☺️ Let’s cooking! Video:- s...

Resepi Homemade Pizza Mudah & Sedap! 6 Bahan Untuk Buat Pizza Dough!

Salam & Hi Guys! ☺️ At this time, month of  1️⃣1️⃣ November 2021, musim hujan  🌧⛈☔️  kat Malaysia  🇲🇾  ni. Syukurlah cuaca tropika hujan  🌧  & panas  ☀️ sepanjang tahun. Hujan membawa rahmat & rezeki. In future tak boleh nak predict sebab  🌎 world climate change. Berdoa untuk yang baik-baik saja  🤲🏻 . Qhaleef suddenly asking for pizza 🍕 .Ohh my ada ke bahan nak buat? Sebab this is my 1st attempt making pizza. Pan pun tak ada ganti dengan loyang cake paling nipis hahaha. Google sana sini cari resepi pizza paling senang. Yesss jumpa kat Veronika's Kitchen! Ok, let's go to kitchen son. We making pizza  🍕 for today lunch & dinner. Resepi ni sesuai untuk beginner yang tak pernah buat pizza macam sis. Seronok gilaaa bila 1st time you buat pizza then menjadi pastu anak berselera makan and your spouse punya expression tu sampai ke bintang 🌟 . By following this recipe step by step, you will get crispy pizza texture ...