Skip to main content

Resepi Ikan Bakar Portugis

Masih teringat masa belajar kat UiTM Puncak Perdana, kami selalu menghabiskan masa bersama rakan sekelas bila waktu lapang. Kalau boleh nak tawaf KL dalam masa 1 hari! Zaman belajar ialah 1 zaman yang akan menjadi kenangan manis untuk diingat semula pada masa akan datang. Satu tempat yang memang biasa atau popular dikunjungi oleh para pelajar sekitar Shah Alam untuk mencari barang keperluan asas ialah Giant Seksyen 13. Lokasinya yang strategik dan banyak kemudahan pengangkutan awam seperti Rapid KL untuk ke sana menjadikan Giant Seksyen 13 Shah Alam satu tempat yang agak mudah untuk dikunjungi. Kat Giant terdapat food court dimana pelbagai jenis pilihan makanan dijual. Paling sedap bagi Nora untuk dicuba ialah ikan bakar Portugis. Memang enak dan terdapat beberapa pilihan seperti lala, sotong, ikan pari dan sebagainya. Jadi hari ni Nora nak berkongsi resepi ikan bakar Portugis bersama anda semua. Selamat mencuba ya!



•  Resepi untuk 3 ekor ikan caru saiz medium 

Bahan utama:-

•  ikan/ sotong/ lala/ (any seafood) 
•  Petai 2 papan
•  Bendi 6 batang
•  Bawang besar 1/2 biji
•  Limau kasturi
•  Minyak masak untuk menumis 

Bahan untuk Pes:-

•  Cili kering 5 Sb (nak pedas tambah lagi)
•  Bawang besar 1 1/2 biji
•  Bunga kantan 1 batang
•  Belacan 2cm (kalau nak lebih rasa belacan boleh tambah)
•  Serai 2 batang
•  Buah Keras 2 biji
•  Garam & gula cukup rasa
•  Air asam jawa

Cara masak :-

1.    Kisar bahan pes dan tumis sehingga cukup kering dan pecah minyak
2.    Tambah air asam jawa
3.    Tambah garam & gula secukup rasa. Siap! Untuk pes 
4.    Sumbat pes dibahagian perut & belakang ikan 
5.    Susun dalam aluminium foil
6.    Tabur bendi, petai & bawang besar yang dah dihiris (petai tak perlu hiris)
7.    Jika pes ada baki, boleh tuang atas ikan
8.    Perah jus limau kasturi jika suka rasa yang lebih masam
9.    Masuk oven. Set time 30-40 mins. Suhu 180*. Api atas bawah. 
10.  Boleh juga bakar atas kuali
11.  Siap! 

#ikanbakarportugis
#ikanbakar
#menusedap
#menumakantengahari
#lunch
#dinner
#resepiikan
#resepiikancaru



·  

Comments

  1. Tkasih ye ajar kan resepi. Apa beza masakan melayu dgn portugis?

    www.asmahabubakar.com

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Resepi Kerabu Pegaga & Ikan Bilis

  Bahan-bahan:- Ulam pegaga secukupnya Ikan bilis 1 genggam (goreng garing) Bawang merah besar 1 biji Cili padi merah 1 biji Garam secukup rasa (jika perlu) Limau kasturi 1 biji  Cara masak:- Ikan bilis digoreng garing, tumbuk halus & ketepikan Hiris halus ulam pegaga Bawang besar & cili padi dihiris halus Dalam 1 pinggan yang sama, campurkan ulam pegaga, ikan bilis tumbuk, bawang besar & cili padi Tambahkan perahan jus limau kasturi & garam secukup rasa Gaul sekata Siap! Tips:-   i) If tak ada ulam pegaga boleh ganti dengan daun selom atau ulam raja ii) Perahan jus limau boleh guna limau nipis atau kasturi

Resepi Sup Tauhu Lembut

πŸ‘©πŸ»‍🍳🍢🍽 Resepi ni ala-ala Sundubu jjigae korean. Aduhai teringat nasi goreng kimchi kat restoran Gomonae Ampang Point. Serius sedap sebab ada side dia extra kimchi & sambal bilis rangup  🀀  walawehhhh! Ok this recipe rupa je lebih kurang sama dengan sundubu tapi dia punya rasa tak sama  πŸ˜†  Nama dia je sup tapi dia bukan sup. Rasa macam makan mee udang. Sedap sangatttt. Thank you mummy for this recipe! Jomlah masak  🀀 Bahan-bahan:- Tauhu lembik 2 pack Bawang besar 2 biji (kisar) Bawang putih 4 ulas (kisar) Cili merah 5 batang (kisar) Udang kering segenggam (rendam dulu sebelum kisar) Serbuk kunyit 1sk Daun sup Daun bawang Garam secukup rasa  Cara Masak:- Tumiskan bahan kisar sampai naik bau Serbuk kunyit tumis sekali dengan bahan kisar Tambah air suku periuk Masukkan tauhu lembut & biar hingga mendidih Tabur daun sup & daun bawang Tambah garam secukup rasa Siap! Tips:- i) Udang kering kena rendam sekejap supaya senang nak kisar bila dah le...

Hotel RM1! Kenapa Nak Bayar Lebih?

Kenapa nak membazir kalau masih boleh berjimat kan? Baru-baru ni viral di media sosial mengenai hotel RM 1 . Senang je nak dapatkan bilik serendah nilai tersebut. Anda perlu download apps OYO Hotel di Apps Store (untuk pengguna ios) / Google Play (untuk pengguna android) terlebih dahulu. Walaupun mudah tapi ada beberapa tips yang harus anda tahu untuk dapatkan harga RM1. Let's check it out! 1. Ni adalah interface pertama yang anda akan lihat semasa launch apps OYO 2. Mula-mula anda perlu create account. Masukkan email dan nama anda. Sila masukkan referral code NORAJAVBV untuk dapatkan RM 100 secara percuma selepas anda selesai register bersama OYO Hotel. 3. Yang terakhir sebelum selesai register, anda perlu request 4 digit OTP yang akan dihantar ke nombor telefon anda. Masukkan nombor OTP dan klik pada create account. 4. Nah dah berjaya mendaftar! Sekarang anda dah boleh mula mencari hotel di lokasi percutian anda. OYO menawarkan pelbagai pilihan bilik ...