Skip to main content

Resepi Bakso Super Delicious


En Husband request nak makan bakso meatball. So today kita masak bakso. Resepi ni guna Meatball Ramly je sebab tak berapa gigih nak buat homemade meatball. Hehe. Cara masak semua tertera pada resepi ya. Cara makan pulak, letak mihun/ suun dalam pinggan. Tabur semua ulaman, sambal & kicap pekat ABC then siram dengan sup bakso. Your meatball bakso is ready. Nyum nyum lets eat!




Bahan Mee:-




  1. Mihun/ Suun (celur)


Bahan Sup:-🍜




  1. Daging tetel/ tulang lembu 1/2 kg
  2. Meatball (brand ramly)
  3. Bawang besar size besar sebiji (blend)
  4. Bawang putih 4 ulas (blend)🧄
  5. Halia 1 inch (blend)
  6. Serai 1 btg (ketuk)
  7. Kiub lembu 2 pcs
  8. Serbuk lada hitam 1sb
  9. Serbuk lada putih 1sb
  10. Garam & gula secukup rasa🧂


Sambal:-🌶




  1. Cili padi merah 5 biji
  2. Cili merah 5 biji
  3. Cuka 1sb
  4. Bawang putih 3 ulas 🧄
  5. Bawang holland 1/2 biji
  6. Air rebusan daging 
  7. Garam & gula secukup rasa🧂


Ulam-ulam/ condiments:-🥗






  1. Kobis (hiris nipis)
  2. Tauge (celur)
  3. Daun sup (hiris halus)
  4. Daun bawang (hiris halus)
  5. Bawang goreng
  6. Kicap pekat ABC


Cara Masak Sup:-


  1. Rebus daging bersama hirisan halia sampai empuk
  2. Masukkan meatball Ramly. Rebus hingga meatball empuk
  3. Bawang besar, bawang putih, halia & serai tumis asing. Tumis sampai garing kemudian masukkan dalam air rebusan daging & meatball
  4. Tambah kiub lembu, serbuk lada hitam, serbuk lada putih, garam & gula secukup rasa
  5. Kacau sebati kemudian tutup api. Siap!


Cara Masak Sambal:-


  1. Rebuskan cili padi merah, cili merah, bawang holland & bawang putih
  2. Rebus 5 mins kemudian angkat & biar sejuk seketika
  3. Masuk dalam blender tambahkan air rebusan daging
  4. Tambah garam, gula, secukup rasa & blend sebati
  5. Panaskan kuali. Letak 3sb minyak masak kemudian tumiskan sambal blend tadi dalam 1 mins. 
  6. Siap!


Tips:-

i) If u suka pedas gilsss or memang suka pedas cili padi merah untuk sambal tu kasi lebih. X boh cili merah pun takpe. Sis suka pedas lite2 thats why guna cili merah ☺️😆


ii) If ada extra meatball boleh goreng asing, nanti nak makan just letak dalam pinggan

Comments

Popular posts from this blog

KENAPA KITA KENA PAKAI SUNSCREEN?

  Supaya :- . ✓ Tak kena sunburn/sun tan/gelap/hitam/terbakar. ✓ Tak nak kulit berkedut and nampak tua. ✓ Tak nak ada jeragat - Kebanyakan punca utama jeragat ni, sebab tak pakai sunscreen! ✓ Tak nak kena skin cancer. . . Apa bezanya physical sunscreen dan chemical sunscreen? . . ✓Physical sunscreen - Lebih kepada layering kulit. Tak meresap ke dalam kulit. Biasanya perlindungan UV berlaku selepas kita apply pada kulit. Kat ingredients tu akan tertulis titanium dioxide atau zinc oxide. Bila sapu kat muka, dia duduk kat atas kulit and pantulkan balik sinaran uv tu. . ✓Chemical sunscreen - Mengandungi either oxybenzone, octinoxate, octisalate and avobenzone. Sunscreen jenis ni akan menyerap sinaran UV yg masuk ke dalam kulit, tukarkanya kepada haba dan lepaskannya daripada kulit kita. Kena apply 10-20 minit sebelum exposure kepada UV. . . Mana lagi bagus - Physical sunscreen ke chemical sunscreen? . . Ramai yang suka pakai chemical sunscreen sebab lagi lightweight, rasa ringan jer ka...

Resepi Puding Roti Cheese

Salam & Hi Guys! ☺️  Today kita nak masak puding roti cheese. Kat rumah tiba-tiba ada lebihan roti. Punca dia beli kat well known food delivery apps. Masa nak proceed to payment eh eh tiba-tiba dia stuck and tak perasan pun order tu hanging je kat order history. Sebab masa tu tengah buat keje multi tasking 😆😆😆 Sis ingat dia dah process. Usually payment kat food apps tersebut sama ada by cash or online banking. Then buat la 2nd purchase. Nak proceed payment dia request cash or credit card. So sis pun proceed by credit card. Sekali tengok kat on going punya order both order dia proceed and deduct kat account. Whattt?! Hmmm jadi lah double order items yang sama 😳 So moral of the story, if you guys beli online delivery, make sure check dulu kat order tu ada tak yang hanging sebab tak proceed payment. Ok kita back to the point resepi untuk post kali ni 😌 Jom masak Puding Roti Cheese 👩🏻‍🍳 Serious sedap lain dari yang lain. Tapi sedap la don’t worry ☺️ Let’s cooking! Video:- s...

Resepi Homemade Pizza Mudah & Sedap! 6 Bahan Untuk Buat Pizza Dough!

Salam & Hi Guys! ☺️ At this time, month of  1️⃣1️⃣ November 2021, musim hujan  🌧⛈☔️  kat Malaysia  🇲🇾  ni. Syukurlah cuaca tropika hujan  🌧  & panas  ☀️ sepanjang tahun. Hujan membawa rahmat & rezeki. In future tak boleh nak predict sebab  🌎 world climate change. Berdoa untuk yang baik-baik saja  🤲🏻 . Qhaleef suddenly asking for pizza 🍕 .Ohh my ada ke bahan nak buat? Sebab this is my 1st attempt making pizza. Pan pun tak ada ganti dengan loyang cake paling nipis hahaha. Google sana sini cari resepi pizza paling senang. Yesss jumpa kat Veronika's Kitchen! Ok, let's go to kitchen son. We making pizza  🍕 for today lunch & dinner. Resepi ni sesuai untuk beginner yang tak pernah buat pizza macam sis. Seronok gilaaa bila 1st time you buat pizza then menjadi pastu anak berselera makan and your spouse punya expression tu sampai ke bintang 🌟 . By following this recipe step by step, you will get crispy pizza texture ...