Skip to main content

Resepi Karipap Kentang & Ayam



Karipap atau ‘curry puff’ adalah sejenis sajian pencuci mulut yang agak glamour dikalangan orang Malaysia. Kalau kat Johor orang panggil epok-epok. Senang nak beli karipap kat sini sebab mudah nak jumpa kat gerai-gerai jual kuih tepi jalan waktu pagi. Inti keledek, kentang, & sardin ialah antara inti karipap yang biasa orang buat. Aduhai teringat karipap IKEA isi banyak & ada telur rebus kat dalam dia 🤤.


Sejak Qhaleef Idris start sekolah macam-macam yang dia share everyday 👏🏻. Semoga Qhaleef Idris berjaya dunia akhirat, may Allah ease his journey. One day dia balik school ada kawan bawak karipap so dengan muka sedih dia minta mama dia buatkan. So dengan kerajinan yang dikumpul dapatlah mama dia buatkan. Alhamdulillah bahagia rasa bila nampak keceriaan kat wajah yang tersayang ❤️. Ok lets masak 🍶👩🏻‍🍳




Buat Doh

Bahan-bahan:-

  1. Tepung gandum 1/2 kg
  2. Minyak masak 1/2 cup
  3. Air & garam 1 cup

Cara Masak:-

  1. Panaskan minyak sampai cukup panas.
  2. Lepas tu tuangkan dalam mangkuk yang dah ada tepung.
  3. Gaul mesra.
  4. Kemudian tambahkan air yang dah dicampur garam. Tuang sikit-sikit sambil uli doh sampai sebati.
  5. Dah siap tutup mangkuk. Ketepikan. (Lebih elok masukkan dalam chiller sebab doh akan jadi moist)




Buat Inti Karipap

Bahan-bahan:-

  1. Bawang merah 2 biji
  2. Bawang putih 4 ulas
  3. Serbuk kari 2sb
  4. Minced chicken 1 cup
  5. Kentang 5 biji (potong dadu & rebus sampai empuk)
  6. Garam & gula secukup rasa


Cara Masak:-

  1. Kisar bawang merah & putih. Kemudian tumis sampai naik bau & brownish.
  2. Masukkan serbuk kari yang dah dibancuh dengan sedikit air. Biarkan sampai pecah minyak.
  3. Lepas tu masukkan minced chicken. Tumiskan sampai masak.
  4. Tambahkan garam & gula secukup rasa.
  5. Masukkan kentang yang dah direbus. Lepas tu gaul sebati.
  6. Siap!






Buat & Goreng Karipap:-

  1. Canai nipis doh kemudian potong ikut acuan karipap. (Ambil sikit-sikit & simpan selebihnya untuk elak doh jadi kering & susah untuk canai)
  2. Isi inti dalam acuan & bentuk ikut acuan.
  3. Buat sampai doh habis (resepi ni dapat dalam 35 biji karipap).
  4. Goreng guna api sederhana supaya masak sekata.
  5. Untuk frozen boleh goreng half cook kemudian sejukkan & terus masuk dalam freezer.
  6. Siap!


Karipap half cook siap untuk frozen

              
         Karipap siap digoreng untuk bekal anak ke sekolah

Comments

Popular posts from this blog

KENAPA KITA KENA PAKAI SUNSCREEN?

  Supaya :- . ✓ Tak kena sunburn/sun tan/gelap/hitam/terbakar. ✓ Tak nak kulit berkedut and nampak tua. ✓ Tak nak ada jeragat - Kebanyakan punca utama jeragat ni, sebab tak pakai sunscreen! ✓ Tak nak kena skin cancer. . . Apa bezanya physical sunscreen dan chemical sunscreen? . . ✓Physical sunscreen - Lebih kepada layering kulit. Tak meresap ke dalam kulit. Biasanya perlindungan UV berlaku selepas kita apply pada kulit. Kat ingredients tu akan tertulis titanium dioxide atau zinc oxide. Bila sapu kat muka, dia duduk kat atas kulit and pantulkan balik sinaran uv tu. . ✓Chemical sunscreen - Mengandungi either oxybenzone, octinoxate, octisalate and avobenzone. Sunscreen jenis ni akan menyerap sinaran UV yg masuk ke dalam kulit, tukarkanya kepada haba dan lepaskannya daripada kulit kita. Kena apply 10-20 minit sebelum exposure kepada UV. . . Mana lagi bagus - Physical sunscreen ke chemical sunscreen? . . Ramai yang suka pakai chemical sunscreen sebab lagi lightweight, rasa ringan jer ka...

Resepi Puding Roti Cheese

Salam & Hi Guys! ☺️  Today kita nak masak puding roti cheese. Kat rumah tiba-tiba ada lebihan roti. Punca dia beli kat well known food delivery apps. Masa nak proceed to payment eh eh tiba-tiba dia stuck and tak perasan pun order tu hanging je kat order history. Sebab masa tu tengah buat keje multi tasking 😆😆😆 Sis ingat dia dah process. Usually payment kat food apps tersebut sama ada by cash or online banking. Then buat la 2nd purchase. Nak proceed payment dia request cash or credit card. So sis pun proceed by credit card. Sekali tengok kat on going punya order both order dia proceed and deduct kat account. Whattt?! Hmmm jadi lah double order items yang sama 😳 So moral of the story, if you guys beli online delivery, make sure check dulu kat order tu ada tak yang hanging sebab tak proceed payment. Ok kita back to the point resepi untuk post kali ni 😌 Jom masak Puding Roti Cheese 👩🏻‍🍳 Serious sedap lain dari yang lain. Tapi sedap la don’t worry ☺️ Let’s cooking! Video:- s...

Resepi Homemade Pizza Mudah & Sedap! 6 Bahan Untuk Buat Pizza Dough!

Salam & Hi Guys! ☺️ At this time, month of  1️⃣1️⃣ November 2021, musim hujan  🌧⛈☔️  kat Malaysia  🇲🇾  ni. Syukurlah cuaca tropika hujan  🌧  & panas  ☀️ sepanjang tahun. Hujan membawa rahmat & rezeki. In future tak boleh nak predict sebab  🌎 world climate change. Berdoa untuk yang baik-baik saja  🤲🏻 . Qhaleef suddenly asking for pizza 🍕 .Ohh my ada ke bahan nak buat? Sebab this is my 1st attempt making pizza. Pan pun tak ada ganti dengan loyang cake paling nipis hahaha. Google sana sini cari resepi pizza paling senang. Yesss jumpa kat Veronika's Kitchen! Ok, let's go to kitchen son. We making pizza  🍕 for today lunch & dinner. Resepi ni sesuai untuk beginner yang tak pernah buat pizza macam sis. Seronok gilaaa bila 1st time you buat pizza then menjadi pastu anak berselera makan and your spouse punya expression tu sampai ke bintang 🌟 . By following this recipe step by step, you will get crispy pizza texture ...