Skip to main content

Tukar Kad Debit Maybank Secara Online


Source: Maybank2u

Kad bank anda dah expired? Kad bank anda rosak? Jangan risau-risau zaman sekarang urusan anda boleh diselesaikan hanya dihujung jari. Mudahnya nak tukar kad bank secara ‘online’ dan kad akan dihantar terus ke rumah anda. Tanpa perlu lagi beratur panjang untuk menunggu giliran. Nak tahu cara-caranya? Jom saya kongsikan.



Langkah 1:- Log Masuk Ke Akaun Maybank2u



Log masuk ke akaun Maybank2u anda. Isikan butiran yang diperlukan iaitu ‘username’ dan ‘password’.


Langkah 2:- Klik ‘Settings’




Setelah berjaya masuk ke akaun anda, klik gambar berbentuk bulat bahagian paling atas sebelah kanan. Kemudian klik ‘settings’.


Langkah 3:- Klik ‘Cards’



Dibahagian ‘settings’, klik pada ‘personal’. Setelah itu ‘drop down’ menu akan muncul. Klik terus pautan ‘cards’.


Langkah 4:- Klik Debit Kad - ‘Replace, Activate & Block’





Klik pautan ‘Debit Card - Replace, Activate & Block’. Kemudian klik pada tiga titik seperti dalam gambar.


Langkah 5:- Kemaskini Alamat Rumah



Masukkan maklumat untuk penghantaran kad debit anda. Pastikan alamat rumah anda betul. Periksa setiap butiran seperti nombor rumah, nama jalan & lain-lain lengkap. 


Langkah 6: Klik ‘Replace Card’ & TAC



Sebelum anda klik pada ‘replace card’, pastikan anda sudah tanda pada bahagian persetujuan kepada terma & syarat. Kemudian klik ‘replace card’. Seterusnya paparan ‘TAC’ akan muncul. Sila ‘request’ nombor ‘TAC’. Seterusnya masukkan nombor yang diberikan dan klik ‘confirm’. Paparan mesej akan muncul dibahagian bawah menandakan anda sudah berjaya untuk urusan penukaran kad. 


Mudah bukan? Anda akan menerima  ‘replacement debit card’ Maybank dalam masa 9 hari waktu berkerja (dalam Malaysia) atau 30 hari waktu berkerja (luar Malaysia) daripada tarikh permohonan tukar kad di Maybank2U. Caj RM 12.00 akan dikenakan untuk setiap permohonan kad baru yang berjaya. Bayaran akan terus ditolak daripada akaun simpanan atau akaun semasa anda.


Setelah menerima kad debit baru anda, sila aktifkan kad tersebut dalam masa 90 hari melalui Maybank2u atau melalui mesin ATM. Saya kongsikan cara-caranya seperti dibawah:-


a) ATM Maybank


i) Masukkan kad > Pilih bahasa > Masukkan pin


ii) Pilih lain-lain transaksi > Pilih lain-lain    perkhidmatan > Skrin seterusnya > Aktifkan kad


b) Maybank2u Online (https://www.maybank2u.com.my


i) Log masuk ke laman web Maybank2u


ii) Pergi ke ‘settings’ > Klik ‘Cards’ > Klik ‘Manage Debit Cards’ > Klik ‘Activate’


Masih tidak menerima kad Maybank baru anda? Jika tempoh masa yang diberikan telah berlalu dan anda masih belum menerima kad anda, sila hubungi talian perkhidmatan pelanggan Maybank iaitu 1-300-88-6688 (dalam Malaysia) and 603-78443696 (luar Malaysia).


Sejak pandemik COVID 19 melanda negara, kebanyakan urusan perbankan mahupun urusan perbelanjaan dilakukan secara atas talian. Ini adalah untuk mengelakkan kesesakan dikawasan premis perniagaan. Adalah lebih baik memilih urusan atas talian dari bersesak-sesak untuk mengurangkan kebarangkalian jangkitan COVID 19. 


Kebanyakan transaksi tunai juga telah digantikan secara ‘cashless’ iaitu anda tidak perlu lagi membawa wang tunai untuk berbelanja dan hanya perlukan sekeping kad. Anda tidak perlu lagi beratur panjang untuk mengambil wang tunai atau membawa wang tunai yang banyak untuk sebarang transaksi. Semoga pada masa akan datang lebih banyak urusan perniagaan dilakukan secara ‘cashless’. 


Nota:-


Anda boleh mengetahui jenis-jenis kad Maybank (Debit & Credit) melalui pautan dibawah ini:-


https://www.maybank2u.com.my/maybank2u/malaysia/en/personal/cards/debit_cards_listing.page




Comments

Popular posts from this blog

Resepi Kerabu Pegaga & Ikan Bilis

  Bahan-bahan:- Ulam pegaga secukupnya Ikan bilis 1 genggam (goreng garing) Bawang merah besar 1 biji Cili padi merah 1 biji Garam secukup rasa (jika perlu) Limau kasturi 1 biji  Cara masak:- Ikan bilis digoreng garing, tumbuk halus & ketepikan Hiris halus ulam pegaga Bawang besar & cili padi dihiris halus Dalam 1 pinggan yang sama, campurkan ulam pegaga, ikan bilis tumbuk, bawang besar & cili padi Tambahkan perahan jus limau kasturi & garam secukup rasa Gaul sekata Siap! Tips:-   i) If tak ada ulam pegaga boleh ganti dengan daun selom atau ulam raja ii) Perahan jus limau boleh guna limau nipis atau kasturi

Resepi Sup Tauhu Lembut

πŸ‘©πŸ»‍🍳🍢🍽 Resepi ni ala-ala Sundubu jjigae korean. Aduhai teringat nasi goreng kimchi kat restoran Gomonae Ampang Point. Serius sedap sebab ada side dia extra kimchi & sambal bilis rangup  🀀  walawehhhh! Ok this recipe rupa je lebih kurang sama dengan sundubu tapi dia punya rasa tak sama  πŸ˜†  Nama dia je sup tapi dia bukan sup. Rasa macam makan mee udang. Sedap sangatttt. Thank you mummy for this recipe! Jomlah masak  🀀 Bahan-bahan:- Tauhu lembik 2 pack Bawang besar 2 biji (kisar) Bawang putih 4 ulas (kisar) Cili merah 5 batang (kisar) Udang kering segenggam (rendam dulu sebelum kisar) Serbuk kunyit 1sk Daun sup Daun bawang Garam secukup rasa  Cara Masak:- Tumiskan bahan kisar sampai naik bau Serbuk kunyit tumis sekali dengan bahan kisar Tambah air suku periuk Masukkan tauhu lembut & biar hingga mendidih Tabur daun sup & daun bawang Tambah garam secukup rasa Siap! Tips:- i) Udang kering kena rendam sekejap supaya senang nak kisar bila dah le...

Hotel RM1! Kenapa Nak Bayar Lebih?

Kenapa nak membazir kalau masih boleh berjimat kan? Baru-baru ni viral di media sosial mengenai hotel RM 1 . Senang je nak dapatkan bilik serendah nilai tersebut. Anda perlu download apps OYO Hotel di Apps Store (untuk pengguna ios) / Google Play (untuk pengguna android) terlebih dahulu. Walaupun mudah tapi ada beberapa tips yang harus anda tahu untuk dapatkan harga RM1. Let's check it out! 1. Ni adalah interface pertama yang anda akan lihat semasa launch apps OYO 2. Mula-mula anda perlu create account. Masukkan email dan nama anda. Sila masukkan referral code NORAJAVBV untuk dapatkan RM 100 secara percuma selepas anda selesai register bersama OYO Hotel. 3. Yang terakhir sebelum selesai register, anda perlu request 4 digit OTP yang akan dihantar ke nombor telefon anda. Masukkan nombor OTP dan klik pada create account. 4. Nah dah berjaya mendaftar! Sekarang anda dah boleh mula mencari hotel di lokasi percutian anda. OYO menawarkan pelbagai pilihan bilik ...