Skip to main content

Resepi Daging Goreng Kunyit Berkuah

Salam & Hi guys!

Today i nak share with you resepi guna daging yang mudah & senang. Resepi ni better guna daging tenderloin @ batang pinang sebabnya senang kerja dan tak perlu nak merebus lama. Kalau masak dengan cara yang betul senang je empuk daging tu 😁 Daging goreng kunyit ni lauk ni makan dengan nasi panas lawankan dengan sambal & ulam. Fuhhh cukup dah 🌟🌟🌟🌟🌟 Ok guys lets masak 🍡πŸ₯£πŸΆ




Bahan-bahan:-

  1. Daging tenderloin 1/2kg
  2. Bawang besar 2 biji (1 kisar, 1 hiris)
  3. Bawang putih 3 biji
  4. Halia 1 inch
  5. Serbuk kunyit 1sk
  6. Garam & gula secukup rasa


Cara masak:-

  1. Hiris nipis daging yang dah di cuci bersih
  2. Gaul rata daging dengan garam & kunyit
  3. Rebuskan daging dalam kuali dengan 2 cawan air. Rebus sampai air kering.
  4. Tuangkan minyak, masukkan bahan kisar, & serbuk kunyit. Gaul rata & tumis sampai pecah minyak.
  5. Masukkan bawang besar yang dah dihiris. Tumis sekejap.
  6. Tambah air untuk jadikan daging berkuah.
  7. Tambah garam & gula secukup rasa
  8. Siap!

Comments

Popular posts from this blog

Resepi Kerabu Pegaga & Ikan Bilis

  Bahan-bahan:- Ulam pegaga secukupnya Ikan bilis 1 genggam (goreng garing) Bawang merah besar 1 biji Cili padi merah 1 biji Garam secukup rasa (jika perlu) Limau kasturi 1 biji  Cara masak:- Ikan bilis digoreng garing, tumbuk halus & ketepikan Hiris halus ulam pegaga Bawang besar & cili padi dihiris halus Dalam 1 pinggan yang sama, campurkan ulam pegaga, ikan bilis tumbuk, bawang besar & cili padi Tambahkan perahan jus limau kasturi & garam secukup rasa Gaul sekata Siap! Tips:-   i) If tak ada ulam pegaga boleh ganti dengan daun selom atau ulam raja ii) Perahan jus limau boleh guna limau nipis atau kasturi

Resepi Sup Tauhu Lembut

πŸ‘©πŸ»‍🍳🍢🍽 Resepi ni ala-ala Sundubu jjigae korean. Aduhai teringat nasi goreng kimchi kat restoran Gomonae Ampang Point. Serius sedap sebab ada side dia extra kimchi & sambal bilis rangup  🀀  walawehhhh! Ok this recipe rupa je lebih kurang sama dengan sundubu tapi dia punya rasa tak sama  πŸ˜†  Nama dia je sup tapi dia bukan sup. Rasa macam makan mee udang. Sedap sangatttt. Thank you mummy for this recipe! Jomlah masak  🀀 Bahan-bahan:- Tauhu lembik 2 pack Bawang besar 2 biji (kisar) Bawang putih 4 ulas (kisar) Cili merah 5 batang (kisar) Udang kering segenggam (rendam dulu sebelum kisar) Serbuk kunyit 1sk Daun sup Daun bawang Garam secukup rasa  Cara Masak:- Tumiskan bahan kisar sampai naik bau Serbuk kunyit tumis sekali dengan bahan kisar Tambah air suku periuk Masukkan tauhu lembut & biar hingga mendidih Tabur daun sup & daun bawang Tambah garam secukup rasa Siap! Tips:- i) Udang kering kena rendam sekejap supaya senang nak kisar bila dah le...

Hotel RM1! Kenapa Nak Bayar Lebih?

Kenapa nak membazir kalau masih boleh berjimat kan? Baru-baru ni viral di media sosial mengenai hotel RM 1 . Senang je nak dapatkan bilik serendah nilai tersebut. Anda perlu download apps OYO Hotel di Apps Store (untuk pengguna ios) / Google Play (untuk pengguna android) terlebih dahulu. Walaupun mudah tapi ada beberapa tips yang harus anda tahu untuk dapatkan harga RM1. Let's check it out! 1. Ni adalah interface pertama yang anda akan lihat semasa launch apps OYO 2. Mula-mula anda perlu create account. Masukkan email dan nama anda. Sila masukkan referral code NORAJAVBV untuk dapatkan RM 100 secara percuma selepas anda selesai register bersama OYO Hotel. 3. Yang terakhir sebelum selesai register, anda perlu request 4 digit OTP yang akan dihantar ke nombor telefon anda. Masukkan nombor OTP dan klik pada create account. 4. Nah dah berjaya mendaftar! Sekarang anda dah boleh mula mencari hotel di lokasi percutian anda. OYO menawarkan pelbagai pilihan bilik ...