Skip to main content

Resepi Bubur Jagung Sagu Gula Melaka

Bila MCO 3.0 diumukan awal june lepas (1-14 june 2021) orang yang paling happy is Qhaleef Idris πŸ˜†πŸ˜† sebab setiap hari dia ada geng! Ok back to the scene πŸ€© Aritu mr husband pegi beli surprise groceries so dia beli la segala bahan untuk buat bubur jagung ni. So bila mood rajin ni datang haaaa sis surprise kan dia pulakkk πŸ˜‰ This is my 1st attempt actually. Alhamdulillah all is good and the taste is delicious. Resepi ni senang je nak buat untuk new beginner. Tak perlu nak kikis jagung from the raw sebab guna yang sweet corn dah siap.

Ikut selera masing-masing ye. Ok lets masak πŸ‘©πŸ»‍🍳🌽πŸ₯₯πŸ§‚πŸ΅




Bahan-bahan:-

  1. Sweet corn 1 tin
  2. Gula melaka 1/2 cawan
  3. Sagu 1 cawan (cuci & rendam)
  4. Daun pandan 2 helai
  5. Santan 1 kotak
  6. Garam 1/2 sk
  7. Air secukupnya


Cara masak:-

  1. Rebus sagu dalam periuk guna air secukupnya sampai bertukar hampir jernih.
  2. Sementara nak tunggu sagu masak, rebus jagung bersama daun pandan, gula melaka & air secukupnya. Guna api kecil.
  3. Bila sagu dah masak, tapis untuk buang kanji sagu & terus masuk dalam periuk yang berisi jagung. Gaul sekata.
  4. Masukkan santan, garam & air secukupnya. Biarkan mendidih seketika.
  5. Bila rasa bubur dah seimbang. Tutup api.
  6. Siap!


Note:-

i) Sweet corn cream style guna Ayam Brand

ii) Santan all the time memang guna brand Kara sebab pekat & creamy!

Comments

  1. oh simple je nk buat bubur jagung ni. Tkasih:)

    www.asmahabubakar.com

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Resepi Kerabu Pegaga & Ikan Bilis

  Bahan-bahan:- Ulam pegaga secukupnya Ikan bilis 1 genggam (goreng garing) Bawang merah besar 1 biji Cili padi merah 1 biji Garam secukup rasa (jika perlu) Limau kasturi 1 biji  Cara masak:- Ikan bilis digoreng garing, tumbuk halus & ketepikan Hiris halus ulam pegaga Bawang besar & cili padi dihiris halus Dalam 1 pinggan yang sama, campurkan ulam pegaga, ikan bilis tumbuk, bawang besar & cili padi Tambahkan perahan jus limau kasturi & garam secukup rasa Gaul sekata Siap! Tips:-   i) If tak ada ulam pegaga boleh ganti dengan daun selom atau ulam raja ii) Perahan jus limau boleh guna limau nipis atau kasturi

Resepi Sup Tauhu Lembut

πŸ‘©πŸ»‍🍳🍢🍽 Resepi ni ala-ala Sundubu jjigae korean. Aduhai teringat nasi goreng kimchi kat restoran Gomonae Ampang Point. Serius sedap sebab ada side dia extra kimchi & sambal bilis rangup  🀀  walawehhhh! Ok this recipe rupa je lebih kurang sama dengan sundubu tapi dia punya rasa tak sama  πŸ˜†  Nama dia je sup tapi dia bukan sup. Rasa macam makan mee udang. Sedap sangatttt. Thank you mummy for this recipe! Jomlah masak  🀀 Bahan-bahan:- Tauhu lembik 2 pack Bawang besar 2 biji (kisar) Bawang putih 4 ulas (kisar) Cili merah 5 batang (kisar) Udang kering segenggam (rendam dulu sebelum kisar) Serbuk kunyit 1sk Daun sup Daun bawang Garam secukup rasa  Cara Masak:- Tumiskan bahan kisar sampai naik bau Serbuk kunyit tumis sekali dengan bahan kisar Tambah air suku periuk Masukkan tauhu lembut & biar hingga mendidih Tabur daun sup & daun bawang Tambah garam secukup rasa Siap! Tips:- i) Udang kering kena rendam sekejap supaya senang nak kisar bila dah le...

Hotel RM1! Kenapa Nak Bayar Lebih?

Kenapa nak membazir kalau masih boleh berjimat kan? Baru-baru ni viral di media sosial mengenai hotel RM 1 . Senang je nak dapatkan bilik serendah nilai tersebut. Anda perlu download apps OYO Hotel di Apps Store (untuk pengguna ios) / Google Play (untuk pengguna android) terlebih dahulu. Walaupun mudah tapi ada beberapa tips yang harus anda tahu untuk dapatkan harga RM1. Let's check it out! 1. Ni adalah interface pertama yang anda akan lihat semasa launch apps OYO 2. Mula-mula anda perlu create account. Masukkan email dan nama anda. Sila masukkan referral code NORAJAVBV untuk dapatkan RM 100 secara percuma selepas anda selesai register bersama OYO Hotel. 3. Yang terakhir sebelum selesai register, anda perlu request 4 digit OTP yang akan dihantar ke nombor telefon anda. Masukkan nombor OTP dan klik pada create account. 4. Nah dah berjaya mendaftar! Sekarang anda dah boleh mula mencari hotel di lokasi percutian anda. OYO menawarkan pelbagai pilihan bilik ...