Skip to main content

Resepi Nugget Ayam Homemade/ Homemade Chicken Nugget Recipe

Lama sebenarnya nak buat resepi ni. Sebabnya selalu hunting golden breadcrumb kat supermarket atau kedai frozen banyak jenis putih atau if ada pun size bulky hahahahah 😆😆 Nak beli online malas nak tunggu. Tu lah dia huruf ‘M’ tu if ada memang tak ke mana 🤣🤣 Then ramadhan lepas mr husband jumpa kat kedai runcit biasa tapi brand Ramly fuhhh terbaikkkk 👍🏻 So apa lagi terus bersemangat ajak si Qhaleef Idris tolong sekali buat nugget favourite dia 💃🏼 Nampak macam leceh tapi senang je guys 😌 seriusss! If u guys ada kids yang suka nugget boleh try resepi ni. Ok lets masak ☺️




Bahan-bahan:-


  1. Isi ayam 500gm
  2. 1sb serbuk lada hitam
  3. 1 biji bawang merah
  4. 2 biji bawang putih
  5. Garam secukup rasa
  6. Golden breadcrumb secukupnya
  7. 3sb tepung gandum
  8. 3sb tepung pulut
  9. 1 biji telur ayam


Cara Masak:-


  1. Blend halus isi ayam, serbuk lada hitam, bawang merah, bawang putih, telur & garam. 
  2. Tuang bahan blend ke 1 bekas. Masukkan tepung gandum, tepung pulut & gaul rata. If adunan cair tambahkan tepung.
  3. Masukkan adunan ke dalam loyang. Ratakan supaya mudah nak terap guna acuan. Kukus sampai adunan kental. 
  4. Keluarkan dari pengukus dan sejukkan sekejap.
  5. Boleh terapkan guna acuan cookies atau if nak senang potong je bentuk petak 😆
  6. Then celup dalam telur & coating dengan golden breadcrumb.
  7. Gorengkan nugget sampai masak.
  8. Siap!




Tips:-

i) Tambah air sedikit semasa blend bahan kisar.


ii) Isi ayam boleh tukar ke minced beef if nak buat beef nugget.


iii) Masa step no 2 boleh add on sayur if suka.


iv) If kids tak suka makan sayur masa blend boleh add on sayur macam carrot, daun sup or any sayur yang sesuai.


v) Masa kukus adunan nak tahu dah kental ke tak boleh cucuk pakai garpu. If dah tak lembik dah boleh tutup api.


vi) Breadcrumb boleh buat sendiri kat rumah guna roti putih. Bakar dalam oven & blend halus.


vii) If nak frozenkan nugget, goreng sekejap saja. Sejukkan terus masuk dalam freezer.


viii) If nak rasa chunky isi ayam, lepas blend tambah isi ayam yang dihiris kecil masuk dalam adunan.



Comments

Popular posts from this blog

KENAPA KITA KENA PAKAI SUNSCREEN?

  Supaya :- . ✓ Tak kena sunburn/sun tan/gelap/hitam/terbakar. ✓ Tak nak kulit berkedut and nampak tua. ✓ Tak nak ada jeragat - Kebanyakan punca utama jeragat ni, sebab tak pakai sunscreen! ✓ Tak nak kena skin cancer. . . Apa bezanya physical sunscreen dan chemical sunscreen? . . ✓Physical sunscreen - Lebih kepada layering kulit. Tak meresap ke dalam kulit. Biasanya perlindungan UV berlaku selepas kita apply pada kulit. Kat ingredients tu akan tertulis titanium dioxide atau zinc oxide. Bila sapu kat muka, dia duduk kat atas kulit and pantulkan balik sinaran uv tu. . ✓Chemical sunscreen - Mengandungi either oxybenzone, octinoxate, octisalate and avobenzone. Sunscreen jenis ni akan menyerap sinaran UV yg masuk ke dalam kulit, tukarkanya kepada haba dan lepaskannya daripada kulit kita. Kena apply 10-20 minit sebelum exposure kepada UV. . . Mana lagi bagus - Physical sunscreen ke chemical sunscreen? . . Ramai yang suka pakai chemical sunscreen sebab lagi lightweight, rasa ringan jer ka...

Resepi Puding Roti Cheese

Salam & Hi Guys! ☺️  Today kita nak masak puding roti cheese. Kat rumah tiba-tiba ada lebihan roti. Punca dia beli kat well known food delivery apps. Masa nak proceed to payment eh eh tiba-tiba dia stuck and tak perasan pun order tu hanging je kat order history. Sebab masa tu tengah buat keje multi tasking 😆😆😆 Sis ingat dia dah process. Usually payment kat food apps tersebut sama ada by cash or online banking. Then buat la 2nd purchase. Nak proceed payment dia request cash or credit card. So sis pun proceed by credit card. Sekali tengok kat on going punya order both order dia proceed and deduct kat account. Whattt?! Hmmm jadi lah double order items yang sama 😳 So moral of the story, if you guys beli online delivery, make sure check dulu kat order tu ada tak yang hanging sebab tak proceed payment. Ok kita back to the point resepi untuk post kali ni 😌 Jom masak Puding Roti Cheese 👩🏻‍🍳 Serious sedap lain dari yang lain. Tapi sedap la don’t worry ☺️ Let’s cooking! Video:- s...

Resepi Homemade Pizza Mudah & Sedap! 6 Bahan Untuk Buat Pizza Dough!

Salam & Hi Guys! ☺️ At this time, month of  1️⃣1️⃣ November 2021, musim hujan  🌧⛈☔️  kat Malaysia  🇲🇾  ni. Syukurlah cuaca tropika hujan  🌧  & panas  ☀️ sepanjang tahun. Hujan membawa rahmat & rezeki. In future tak boleh nak predict sebab  🌎 world climate change. Berdoa untuk yang baik-baik saja  🤲🏻 . Qhaleef suddenly asking for pizza 🍕 .Ohh my ada ke bahan nak buat? Sebab this is my 1st attempt making pizza. Pan pun tak ada ganti dengan loyang cake paling nipis hahaha. Google sana sini cari resepi pizza paling senang. Yesss jumpa kat Veronika's Kitchen! Ok, let's go to kitchen son. We making pizza  🍕 for today lunch & dinner. Resepi ni sesuai untuk beginner yang tak pernah buat pizza macam sis. Seronok gilaaa bila 1st time you buat pizza then menjadi pastu anak berselera makan and your spouse punya expression tu sampai ke bintang 🌟 . By following this recipe step by step, you will get crispy pizza texture ...