Skip to main content

Resepi Rendang Kerang


Alhamdulillah syukur sangat dapat rezeki macam jatuh dari langit. That day masa waktu pagi rasa macam teringin nak makan seafood. Tak kisah la seafood apa janji seafood 😆 Tup tup mr husband balik keje, dia bawak 2 pack frozen seafood! Frozen calamari & kerang size besar. Thank you so much husband ❤️ kuat betul 6 sense macam tahu je. Kikiki ☺️ Itulah rezeki... So menu kita untuk today jom masak rendang kerang. Sedapnya makan dengan nasi impit atau nasi lemak. Ok letsss cooking 🍶🌶🧄🧅

Bahan - bahan:-

  1. Isi kerang 1/2 kg
  2. Bawang besar 2 biji (blend)
  3. Bawang merah kecil 5 biji (blend)
  4. Bawang putih 4 ulas (blend)
  5. Halia 1 inch (blend)
  6. Lengkuas 1 inch (blend)
  7. Kunyit 1 inch (blend)/ kunyit serbuk 1sk
  8. Cili padi hijau 5 biji (blend)
  9. Cili kisar 3sb
  10. Serai 2 batang (hiris nipis)
  11. Daun kunyit 2 helai (hiris nipis)
  12. Santan 1 kotak
  13. Kerisik 3sb
  14. Air asam jawa 1/2 cup
  15. Garam & gula secukup rasa


Cara masak:-

  1. Blend halus bahan kisar (bawang besar, bawang merah kecil, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit, cili padi).
  2. Tumiskan bahan kisar guna minyak secukupnya. Tumis sampai naik bau.
  3. Masukkan serai yang dihiris halus.
  4. Masukkan pula cili kisar & tumis sampai pecah minyak.
  5. Tambahkan air asam jawa, santan, kerisik & daun kunyit.
  6. Gaul sekata. Kemudian masukkan isi kerang yang dah dicuci bersih.
  7. Bring it to boil!
  8. Last sekali perisakan garam & gula secukup rasa.
  9. Siap!

Cadangan hidangan 😙

Tips:- 

i) Menu ni bersifat universal. Uollsss boleh tukar kerang ke ayam atau daging atau seafood yang sesuai untuk dibuat masak rendang.


ii) Cili kisar lebih sedap if ditumis lama dengan api kecil. Tumis sampai warna dari merah bertukar ke maroon.

Comments

Popular posts from this blog

KENAPA KITA KENA PAKAI SUNSCREEN?

  Supaya :- . ✓ Tak kena sunburn/sun tan/gelap/hitam/terbakar. ✓ Tak nak kulit berkedut and nampak tua. ✓ Tak nak ada jeragat - Kebanyakan punca utama jeragat ni, sebab tak pakai sunscreen! ✓ Tak nak kena skin cancer. . . Apa bezanya physical sunscreen dan chemical sunscreen? . . ✓Physical sunscreen - Lebih kepada layering kulit. Tak meresap ke dalam kulit. Biasanya perlindungan UV berlaku selepas kita apply pada kulit. Kat ingredients tu akan tertulis titanium dioxide atau zinc oxide. Bila sapu kat muka, dia duduk kat atas kulit and pantulkan balik sinaran uv tu. . ✓Chemical sunscreen - Mengandungi either oxybenzone, octinoxate, octisalate and avobenzone. Sunscreen jenis ni akan menyerap sinaran UV yg masuk ke dalam kulit, tukarkanya kepada haba dan lepaskannya daripada kulit kita. Kena apply 10-20 minit sebelum exposure kepada UV. . . Mana lagi bagus - Physical sunscreen ke chemical sunscreen? . . Ramai yang suka pakai chemical sunscreen sebab lagi lightweight, rasa ringan jer ka...

Resepi Puding Roti Cheese

Salam & Hi Guys! ☺️  Today kita nak masak puding roti cheese. Kat rumah tiba-tiba ada lebihan roti. Punca dia beli kat well known food delivery apps. Masa nak proceed to payment eh eh tiba-tiba dia stuck and tak perasan pun order tu hanging je kat order history. Sebab masa tu tengah buat keje multi tasking 😆😆😆 Sis ingat dia dah process. Usually payment kat food apps tersebut sama ada by cash or online banking. Then buat la 2nd purchase. Nak proceed payment dia request cash or credit card. So sis pun proceed by credit card. Sekali tengok kat on going punya order both order dia proceed and deduct kat account. Whattt?! Hmmm jadi lah double order items yang sama 😳 So moral of the story, if you guys beli online delivery, make sure check dulu kat order tu ada tak yang hanging sebab tak proceed payment. Ok kita back to the point resepi untuk post kali ni 😌 Jom masak Puding Roti Cheese 👩🏻‍🍳 Serious sedap lain dari yang lain. Tapi sedap la don’t worry ☺️ Let’s cooking! Video:- s...

Resepi Homemade Pizza Mudah & Sedap! 6 Bahan Untuk Buat Pizza Dough!

Salam & Hi Guys! ☺️ At this time, month of  1️⃣1️⃣ November 2021, musim hujan  🌧⛈☔️  kat Malaysia  🇲🇾  ni. Syukurlah cuaca tropika hujan  🌧  & panas  ☀️ sepanjang tahun. Hujan membawa rahmat & rezeki. In future tak boleh nak predict sebab  🌎 world climate change. Berdoa untuk yang baik-baik saja  🤲🏻 . Qhaleef suddenly asking for pizza 🍕 .Ohh my ada ke bahan nak buat? Sebab this is my 1st attempt making pizza. Pan pun tak ada ganti dengan loyang cake paling nipis hahaha. Google sana sini cari resepi pizza paling senang. Yesss jumpa kat Veronika's Kitchen! Ok, let's go to kitchen son. We making pizza  🍕 for today lunch & dinner. Resepi ni sesuai untuk beginner yang tak pernah buat pizza macam sis. Seronok gilaaa bila 1st time you buat pizza then menjadi pastu anak berselera makan and your spouse punya expression tu sampai ke bintang 🌟 . By following this recipe step by step, you will get crispy pizza texture ...