Skip to main content

Resepi Sup Tauhu Lembut


👩🏻‍🍳🍶🍽



Resepi ni ala-ala Sundubu jjigae korean. Aduhai teringat nasi goreng kimchi kat restoran Gomonae Ampang Point. Serius sedap sebab ada side dia extra kimchi & sambal bilis rangup 🤤 walawehhhh! Ok this recipe rupa je lebih kurang sama dengan sundubu tapi dia punya rasa tak sama 😆 Nama dia je sup tapi dia bukan sup. Rasa macam makan mee udang. Sedap sangatttt. Thank you mummy for this recipe! Jomlah masak 🤤


Bahan-bahan:-


  1. Tauhu lembik 2 pack
  2. Bawang besar 2 biji (kisar)
  3. Bawang putih 4 ulas (kisar)
  4. Cili merah 5 batang (kisar)
  5. Udang kering segenggam (rendam dulu sebelum kisar)
  6. Serbuk kunyit 1sk
  7. Daun sup
  8. Daun bawang
  9. Garam secukup rasa 


Cara Masak:-


  1. Tumiskan bahan kisar sampai naik bau
  2. Serbuk kunyit tumis sekali dengan bahan kisar
  3. Tambah air suku periuk
  4. Masukkan tauhu lembut & biar hingga mendidih
  5. Tabur daun sup & daun bawang
  6. Tambah garam secukup rasa
  7. Siap!

Tips:-


i) Udang kering kena rendam sekejap supaya senang nak kisar bila dah lembut.


ii) Air boleh tambah ikut sesuai kuantiti kuah sup. Tapi jangan terlalu banyak nanti kuah tak sedap.



Link video cara masak:- https://youtu.be/ABzsnWlGKOI

Comments

Popular posts from this blog

Resepi Bubur Jagung Sagu Gula Melaka

Bila MCO 3.0 diumukan awal june lepas (1-14 june 2021) orang yang paling happy is Qhaleef Idris  😆😆  sebab setiap hari dia ada geng! Ok back to the scene  🤩  Aritu mr husband pegi beli surprise groceries so dia beli la segala bahan untuk buat bubur jagung ni. So bila mood rajin ni datang haaaa sis surprise kan dia pulakkk  😉  This is my 1st attempt actually. Alhamdulillah all is good and the taste is delicious. Resepi ni senang je nak buat untuk new beginner. Tak perlu nak kikis jagung from the raw sebab guna yang sweet corn dah siap. Ikut selera masing-masing ye. Ok lets masak  👩🏻‍🍳🌽🥥🧂🍵 Bahan-bahan:- Sweet corn 1 tin Gula melaka 1/2 cawan Sagu 1 cawan (cuci & rendam) Daun pandan 2 helai Santan 1 kotak Garam 1/2 sk Air secukupnya Cara masak:- Rebus sagu dalam periuk guna air secukupnya sampai bertukar hampir jernih. Sementara nak tunggu sagu masak, rebus jagung bersama daun pandan, gula melaka & air secukupnya. Guna api kecil. Bila s...

Resepi Sup Ikan Siakap

Selalunya ikan siakap orang lebih suka masak 3 rasa atau stim limau. Tapi kali ni aku nak cuba masak cara lain iaitu Sup Ikan Siakap. Sup ikan lawankan dengan sambal dan ulam memang cukup menyelerakan. Cara masak pun simple je. Selain sedap ianya juga menyihatkan. Jomlah kita turunkan kadar obesiti orang Malaysia dengan makan makanan yang sihat dan sedap. Resepi Sup Ikan Siakap  Bahan-bahan:- 1 ekor ikan siakap sederhana besar 5 kuntum cendawan shiitake 1 biji lobak  1 keping asam gelugur 1 sudu lada putih  1 sudu lada hitam garam / perasa pilihan Bahan tumbuk: 3 biji bawang putih 5 biji bawang merah 1 inci halia 1 sudu teh ketumbar biji 1 sudu teh jintan putih 1 sudu teh jintan manis Rempah penumis: 1 batang kulit kayu manis 3 biji cengkih 2 kuntum bunga lawang 3 biji buah pelaga Bahan hiasan: hirisan daun sup & daun bawang / daun ketumbar bawang goreng Cara Masak:- 1. Panaskan sedikit minyak ...