Hari ini Nora nak berkongsi dengan pembaca bagaimana untuk membuat Udang Buttermilk Cheese. Menu ini memang agak terkenal di restoran masakan cina dan seafood. Sesekali tukar menu masakan memang boleh bertambah nasi. Untuk memasak resepi ini juga cukup mudah dan tak perlukan banyak bahan. Less is more. Jom masak!
#udangbuttermilk
#resepibuttermilk
#buttermilkcheese
#resepimakantengahari
#resepimakanmalam
#lunch
#dinner
Bahan-bahan:-
1.
Butter 1sb
2.
Bawang putih 5 biji
(cincang)
3.
Udang 300g
4.
Daun kari 4 pelepah
5.
Susu cair setengah tin
6.
Kiub ayam 1/2
7.
Cheddar cheese 1 slice
8.
Serbuk kari ikan 1/2sk
9.
Tepung jagung &
telur (coating)
10.
Cili padi ( boleh
tambah jika suka pedas )
Cara
masak :-
1.
Tumis bawang putih
& daun kari guna 1sb butter. Tumis hingga kekuningan.
2.
Masukkan setengah tin
susu cair, 1/2 kiub ayam & kacau sebati.
3.
Masukkan udang yang
telah digoreng terlebih dahulu menggunakan campuran tepung jagung & telur.
4.
Gaul sekata.
5.
Masukkan cheddar
cheese.
6.
Siap!
Nota
Kaki : Bahan di atas menggunakan 1 mangkuk kecil udang basah. Anggarkan
udang & kuah mengikut kuantiti masakan
#udangbuttermilk
#resepibuttermilk
#buttermilkcheese
#resepimakantengahari
#resepimakanmalam
#lunch
#dinner
Comments
Post a Comment