Source: Maybank2u Kad bank anda dah expired? Kad bank anda rosak? Jangan risau-risau zaman sekarang urusan anda boleh diselesaikan hanya dihujung jari. Mudahnya nak tukar kad bank secara ‘online’ dan kad akan dihantar terus ke rumah anda. Tanpa perlu lagi beratur panjang untuk menunggu giliran. Nak tahu cara-caranya? Jom saya kongsikan. Langkah 1:- Log Masuk Ke Akaun Maybank2u Log masuk ke akaun Maybank2u anda. Isikan butiran yang diperlukan iaitu ‘username’ dan ‘password’. Langkah 2:- Klik ‘Settings’ Setelah berjaya masuk ke akaun anda, klik gambar berbentuk bulat bahagian paling atas sebelah kanan. Kemudian klik ‘settings’. Langkah 3:- Klik ‘Cards’ Dibahagian ‘settings’, klik pada ‘personal’. Setelah itu ‘drop down’ menu akan muncul. Klik terus pautan ‘cards’. Langkah 4:- Klik Debit Kad - ‘Replace, Activate & Block’ Klik pautan ‘Debit Card - Replace, Activate & Block’. Kemudian klik pada tiga titik seperti dalam gambar. Langkah 5:- Kemaskini Alamat Rumah Masukkan maklumat unt
360 of Nora's Life