Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2021

Resepi Sambal Tumbuk Ikan Bilis/ Sambal Tok Tok

Kalau makan nasi tak ada rasa pedas macam kurang kick bagi sis. Kali ni sis nak share cara masak sambal super sedap. Sambal ni memang banyak nama ada orang panggil sambal tumbuk ikan bilis. Ada juga orang panggil sambal tumbuk atau sambal ketuk. Tapi kat johor nama dia famous as ‘Sambal Tok Tok’ 😄  Memang sejak dari duduk dengan mak & abah kat Johor sis dah biasa kalau makan nasi berlauk akan ada sambal belacan/ sambal tumbuk/ sambal belacan pecah telur dan pelbagai jenis lagi. En suami pun memang suka makan pedas. Cili padi dan cili hijau dalam peti memang biasa dibuat ulam dengan nasi. Lagi pula kalau dah boring makan nasi berlauk dapat nasi panas dengan telur mata kicap lawankan dengan sambal tumbuk pun dah cukup sedap.  Sambal ni juga boleh jadi penambah selera dan sedap dimakan dengan nasi goreng. Bagi yang ingin cuba masak resepi sambal tumbuk ni teramatlah senang, 5 minit pun dah boleh siap. So mari ke dapur dan capai lesung. Bahan-bahan:- 1. Ikan Bilis setengah mangkuk